Thursday, October 23, 2008

Maha Suci Allah



Selaut kesyukuran dirafakkan kepada ilahi kerana dengan rahmat dan kasih sayang-nya,roh-roh kita masih lagi berkenderaankan jasadiah sebelum sampai kedestinasi abadi,Selawat dan salam keatas junjungan mulia,Rasulullah s.a.w.

Para pembaca yang dihormati,
Mencabar keinteletualan khalayak bukan motif utama,dan bukan juga untuk mengambil populiriti,tetapi saya dan beberapa orang sahabat saya dengan garapan idea yang sederhana dan praktikal,Walaupun cetusnya sederhana,namun tidak mustahil dapat merealisasikan suatu gagasan yang besar jika ia dipraktikan dengan kesungguhan yang luar biasa.

Oleh itu,Kantung Difusi perlu diseluk agar isinya dapat melahirkan insan yang kaya dengan maklumat.Bingkisan Mujahadah pula perlu diamati agar nukilannya dapat menjana kerjasama yang padu antara satu sama lain apabila diperlukan.Seterusnya Pena Jihadi perlu dihadamkan agar impak darinya mampu mencorak mahasisiwi yang berkarisma.Sementara itu ,Bicara Nurani juga harus diselami agar kandungannya boleh mematangkan diri slam membuat percaturan hidup.

Biarpun cilik,tetapi diharapkan informasi darinya mampu menangkis pesimismeyang terlabelkepda kita,atau relakan sahaja dengan label tersebut tanpa membuat sebarang anjakan paradigma walau seinci.dengan itu,tidak perlu bekerja keras.Tidak perlu beratkan minda,Selamat Membaca

0 comments:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007