Friday, November 21, 2008

Tanya Jawab Solat Rawatib


Tanya Jawab Solat Rawatib

Tanya Jawab Solat Rawatib

Tanya:

Ada solat sunat rawatib yang sangat dituntut untuk dikerjakan mengiringi solat fardhu, minta diterangkan ia dengan lebih lanjut.

Jawab:

Solat sunat rawatib yang sangat-sangat dituntut mengerjakannya ialah solat sunat subuh. Kemudian daripada itu ada 4 tempat lagi ianya menjadi muakkad atau dituntut. Iaitu solat sunat sebelum zohor, solat sunat selepas zohor, solat sunat selepas maghrib dan solat sunat selepas Isyak.

Tanya:

Jika mahu seorang itu mengerjakan 4 rakaat sebelum zohor, bagaimana, apakah dibolehkan?

Jawab:

Boleh sahaja dikerjakan 4 rakaat itu samada sebelum zohor atau selepasnya. 2 yang muakkad dan lagi 2 itu ghairu muakkad (bukan dituntut). Yang sunnahnya, jika dilakukan 4 rakaat, mesti dilakukan 2 rakaat, 2 rakaat. Bukan dilakukan sekaligus dengan satu salam.

Tanya:

Sesetengah orang mengatakan tidak ada solat sunat sebelum Maghrib dan sebelum Isyak, maka mereka terus-terus sahaja iqamah selepas azan?

Jawab:

Tidak begitu. Memang dibolehkan mengerjakan solat tersebut tapi ianya tidak muakkad. Ini bersandarkan kepada hadis, Rasulullah s.a.w menyebut: “Di antara azan dan iqamah, ada sembahyang bagi sesiapa yang ingin melakukannya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Tanya:

Jika seorang tidak sempat kerjakan solat sunat subuh atas kesuntukan masa lebih-lebih lagi jemaah sudah didirikan, apakah boleh melakukan selepasnya?

Jawab:

Jika bukan kerana disengajakan, maka boleh sahaja terus solat sunat subuh itu dilakukan selepas solat fardhunya. Ia masih lagi dikira sebagai solat tunai, bukan qadha selama dalam waktunya. Tiada masalah dengan solat selepas fardhu subuh itu kerana yang dimakruhkan mendirikan solat selepas solat fardhu subuh adalah solat sunat yang tidak terikat dengan keperluan sebelumnya seperti solat sunat istikharah, solat sunat hajat dan solat sunat mutlak.

sikrinya ada maklumat dari sahabat , boleh hantar comment dibawah ini
Baca selanjutnya -

Hukum Memberi Dan Menjawab Salam

Hukum Memberi Dan Menjawab Salam

Ada seorang rakan kita di Malaysia , yang menanyakan soalan tentang Hukum Memberi Dan Menjawab Salam , terima kasih rakan kita yang menanyakan. saya ada meletakkan beberapa sumber yang membahasakan terhadap pertanyaan ini .


Memulakan pertemuan dengan memberi salam adalah sunat. Sekiranya beramai-ramai memberi salam menjadi sunat kifayah. Sunat kifayah bermaksud; sunat ke atas kumpulan ramai tersebut memberi salam. Apabila seorang melakukannya, pahalanya akan diperolehi oleh semua. Menjawab salam pula, sekiranya berseorangan hukumnya menjadi fardhu ain. Sekiranya beramai-ramai, menjawab salam menjadi fardhu kifayah. Sekiranya seorang menjawab salam, gugurlah tuntutan atas semua orang lain. Sekiranya semua yang hadir menjawab salam, itu lebih baik. Sekiranya semuanya meninggalkan menjawab salam, semua akan berdosa. Dalilnya ialah hadis nabi : ( يجزء عن الجماعة إذا مروا أن يسلم أحدهم ، ويجزء عن الجلوس أن يرد أحدهم ),

maksudnya: “cukuplah bagi sekumpulan manusia apabila mereka melintasi orang lain dengan salah seorang mereka memberi salam. Dan cukuplah bagi kumpulan yang duduk dengan salah seorang mereka menjawab salam.” (hadis riwayat Abi Dawud)
Begitu juga wajib menjawab salam yang dikirimkan samada dikirimkan menerusi seseorang secara lisan atau dikirim menerusi tulisan apabila kiriman tersebut sampai. Dalilnya ialah hadis Aisyah, katanya: Rasulullah saw bersabda kepada saya:

( هذا جبريل يقرأ عليك السلام )
bermaksud: “ini dia JIbril menyampaikan salam kepadamu. Kata Aisyah; saya menjawab : ( وعليه السلام ورحمة الله ) –wa`alaihissalam-bermaksud: dan ke atasnya salam juga. (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Disunatkan juga membalas kepada pengantara yang membawa kiriman salam dengan menjawab : ( وعليك وعليه السلام ) –wa`alaika wa `alaihissalam- bermaksud; ke atas mu dan ke atasnya salam. Dalilnya ialah hadis daripada Ghalib al-Quttan daripada seorang lelaki katanya memberitakan kepadaku oleh bapaku daripada datukku katanya; bapaku mengutuskan daku bertemu dengan Rasulullah dengan arahan; datangilah baginda dan sampaikan kepada baginda salam. Lalu aku bertemu baginda dan berkata: bapa saya menyampaikan salam kepada tuan. Lalu baginda menjawab: ( عليك السلام وعلى أبيك السلام ) ke atas kamu dan ke atas bapamu salam. ( hadis riwayat Abi Dawud). Menurut Imam Nawawi, hadis ini mengandungi seorang perawi yang tidak dikenali. Namun hadis-hadis tentang amalan-amalan yang lebih (sunat) diberi kelonggaran oleh ahli-ahli ilmu.

darulfuqaha
Baca selanjutnya -

Sunday, November 2, 2008

Tanggungjawab Di Sini !!


salam perantauan kepada keluarga yang tersayang , dah hampir 2 tahun lebih di lembah yang pernuh berakah ini ( mesir ) , doakan abang ngan angah kat sini , supaya dipermudahkan segala urusan disini , teringat kat rumah pula !! dah 3 kali raya kat sini , semua dah besar panjang tengok kat dalam gambar kat sini .

Insyallah , kalau ada rezeki abang balik tahun depan , cuma disini banyak lagi tanggungjawab yang tak diselesaikan , uda belajar rajin -rajin , pesan kat adik2 semua , jangan nakal2 ,

kirim salam dengan ayah dan ibu ..
salam perantaun
Baca selanjutnya -

Bolehkah Mandi Junub Merangkap Jumaat !!


Bolehkah Mandi Junub Merangkap Jumaat , Bolehkah Mandi Junub Merangkap Jumat ?

Pertanyaan:

Al-Lajnah Ad-Da’imah Lil Ifta’ ditanya: Apakah dibolehkan melaksanakan mandi junub sekaligus merangkap mandi untuk shalat Jum’at, mandi setelah habis masa haidh dan masa nifas?

Jawaban:

Barang siapa yang diwajibkan baginya untuk melaksanakan satu mandi wajib atau lebih, maka cukup baginya melaksanakan satu kali mandi wajib yang merangkap mandi-mandi wajib lainnya, dengan syarat dalam mandi itu ia meniatkan untuk menghapuskan kewajiban-kewajiban mandi lainnya, dan juga berniat untuk dibolehkannya shalat dan lainnya seperti Thawaf dan ibadah-ibadah lainnya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Artinya: “Setiap perbuatan itu tergantung pada niat, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan bagian sesuai dengan yang diniatkannya.” (Muttafaqun ‘Alaih)

Karena yang hendak dicapai dari mandi hari Jum’at bisa sekaligus tercapai dengan mandi junub jika bertetapan harinya. (Fatawa Al-Lajnah Ad-Da’imah, 5/328)

Tambahan sedikit :

Kewajiban mandi junub itu dilakukan ketika terjadi salah datu dari beberapa hal berikut:

1. Setelah selesai massa haid
2. Setelah berjimak, baik keluar mani/sperma atau pun tidak
3. Apabila keluar mani/sperma, baik secara sengaja ataupun tidak.
Apabila seseorang itu terangsang akibat menonton suatu film, maka dilihat terlebih dahulu, apakah dia mengeluarkan sperma/mani atau tidak. kalau dengan menonton film tersebut sampai mengeluarkan sperma maka dia wajib mandi. tapi kalau hanya keluar madzi maka cukup dicuci saja tanpa wajib mandi.
Sebaiknya kita nasihatkan kepada orang yang menonton film tersebut agar hendaklah setiap waktunya dimanfaatkan hal-hal yang bermanfaat bagi dia. Janganlah menghabiskan waktu untuk hal-hal yang tidak bermanfaat apalagi yang berpotensi sebagai maksiat..

Wallahu a’lam
Baca selanjutnya -

Friday, October 31, 2008

Hukum memotong kuku dan rambut dalam keadaan haid



Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .

Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah

Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati??, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.??

Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam

kita lihat ade solan yang berkaitan dengan hukum ini

Soal :
Benarkah bahawa membuang kuku setelah mengguntingnya termasuk perbuatan haram? Benarkah bahawa kuku-kuku itu harus ditanam?

Jawab :
Alhamdulillah, memotong kuku adalah perkara yang disyariatkan, hal itu termasuk salah satu perkara fitrah. Tidaklah wajib menanamnya dan tidak masalah juga membuangnya. Tidaklah masalah membuangnya di tempat sampah atau menanamnya.Fatwa Lajnah Daimah V/174.

Akan tetapi jika ia khuatir kuku-kuku itu jatuh ke tangan tukang-tukang sihir, hendaklah dia menanamnya atau membuangnya di tempat yang tidak dapat dijangkau oleh tukang-tukang sihir. Wallahu A’lam.
Baca selanjutnya -

Wednesday, October 29, 2008

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam



Musim cuti di Malaysia sekarang ni mesti sibuk dengan kenduri walimatul urus atau lebih dikenali dengan kenduri kawin.. sempena pula seorang sahabat sedang bertanyakan kenapa persandingan dilarang di dalam islam.. saya tersentuh untuk melampirkan kenapa ia diharamkan dan bagaimana persandingan ini harus dilakukan.. diharap bagi mereka yang akan berkahwin tidak lama lagi akan mendapatkan pengajaran yang sebaiknya..


Persandingan mungkin suatu yang biasa kita dengar dan lihat. Namun, sedarkah kita tentang apa pandangan syarak terhadapnya? Mungkin ramai yang bersetuju pada teorinya...tetapi bila ketika praktikalnya, ramai yang kecundang... Bila ditanya persoalan tu oleh seorang sahabat, saya yang lemah ini terkaku dalam persoalan ini..tersedar banyaknya hukum kita ambil mudah..setiap perbuatn kita tidak teliti soal hukum..apabila diselidiki, mungkin kita dapat membantu dan membuka perbincangan..mudah-mudahan kita tidak terjebak ke landasan ciptaan syaitan yang inginkan menyesatkan manusia...

untuk perbahasan tentang hukum ini , sahabat-sahabat boleh pegi ke link ahwal syahksiah diatas sana , untuk kita bersama-sama berbincang dalam perkara ini , saya minta maaf keatas kelemahan saya ini , jika ada kesalahan , tegurlah diri saya yang lemah ini , saalam perantuan yang berada selain dari mesir
Baca selanjutnya -

Monday, October 27, 2008

hukum bersalaman dengan yg bukan mahram !!!


pada satu ketika , ada sahabat kita mempunya masalah tentang hukum yang berkaitan dengan bersalaman dengan yang bukan mahram .. kerana masalanya ( bila tiba hari raya atau perayaan , semua keluarga berkumpul belah ayah ngan ibu , jadi ada yang bukan mahram , ketika bersalaman ada yg bukan mahram , apa hukumnya kat situ) soalan sahabat kita !
jadi disini saya ada meletakkan beberapa dalil , sahabat boleh baca dibawah ini , saya minta maaf segala kekurangan dan kecacatan , jika ada pandangan dan pendapat boleh hantar comment ..

Orang Melayu terkenal dengan masyarakat yang mementingkan adab, sopan-santun dan budi-pekerti yang mulia. Antara adab yang sentiasa dipraktikkan dalam masyarakat ialah bersalam atau berjabat tangan di antara satu sama lain apabila bertemu. Perbuatan ini merupakan sesuatu yang amat baik kerana ia dapat mengeratkan silaturahim dan persaudaraan di dalam masyarakat.


Namun akhir-akhir ini didapati bahawa bersalam atau berjabat tangan ini dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengira batas hukum syarak, sehinggakan gejala bersalam atau berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram menjadi semakin berleluasa dan semakin diterima di dalam masyarakat. Apatah lagi apabila bertemu dengan pemimpin, maka bukan sekadar berjabat tangan tetapi ada yang sanggup mencium tangan pemimpin tersebut sedangkan tidak ada ikatan mahram di antara mereka!.


Fenomena seumpama ini sekiranya dibiarkan, ia akan menjadi semakin parah yang akhirnya bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, malahan akan turut menghakis nilai-nilai murni dan adab tatasusila yang diamalkan dalam masyarakat Melayu selama ini. Walaupun para ulama’ mengharuskan seseorang lelaki berjabat tangan dengan wanita yang sudah tua yang sudah tidak ada lagi keinginan syahwat (rujuk dalam Fatawa Mu’asirah oleh Yusuf al-Qaradawi), namun ia janganlah dijadikan sebagai satu alasan untuk sewenang-wenangnya membudayakan berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan.


Allah swt telah berfirman
dalam surah al-Nur ayat 30-31 bermaksud: ”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat (merendahkan) pandangan mereka (daripada memandang wanita yang bukan mahram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat (merendahkan) pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka…..”.


Dalam ayat ini, Allah swt memerintahkan agar orang lelaki dan perempuan agar menjaga dan merendahkan pandangan mereka daripada melihat sesuatu yang diharamkan seperti melihat orang yang bukan mahram sehinggakan boleh menimbulkan syahwat. Oleh itu, ajaran Islam mengharamkan seseorang lelaki melihat kepada wanita yang bukan isterinya atau wanita yang bukan mahramnya. Hal ini tidak pula bermaksud kita dikehendaki memejamkan mata ketika bertemu dengan orang yang bukan mahram, tetapi apa yang dimaksudkan ialah kita dilarang melihat berulang-kali terhadap seseorang yang bukan mahram kerana ia boleh menimbulkan syahwat dan fitnah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad, nabi saw telah bersabda kepada Saidina Ali yang bermaksud: ”Wahai Ali, janganlah kamu mengikuti pandangan yang pertama (terhadap wanita yang bukan mahram) dengan pandangan yang seterusnya, kerana sesungguhnya pandangan pertama itu bagi kamu (diharuskan), tetapi kamu dilarang daripada pandangan yang kedua (iaitu terus memandang kepada wanita yang bukan mahram sehingga boleh menimbulkan syahwat)”.


Sekiranya memandang kepada wanita yang bukan mahram pun dilarang dalam hukum syara’, sudah tentu bersalam dan berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram diharamkan. Cubalah kita fikirkan, manakah yang lebih menimbulkan syahwat dan fitnah, memandang dari jauh atau bersalaman dan berjabat tangan yang melibatkan persentuhan kulit dengan kulit? Tepuk dada, tanya iman!.



Di sini saya letakkan beberpa dalil yang mengharamkannya:


1 . para ulama’ yang mengharamkan berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram ialah nabi saw tidak berjabat tangan dengan wanita ketika melakukan bai’ah sedangkan dalam masa yang sama nabi saw berjabat tangan dengan lelaki ketika bai’ah dilakukan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad menyatakan bahawa, “Daripada Abdullah bin Amr’ ra, bahawa sesungguhnya Rasulullah saw tidak pernah berjabat tangan dengan wanita dalam bai’ah”.

2. beberapa riwayat dari ?Aisyah r.a. yaitu:

Telah berkata ?Aisyah: ?Tidak pernah sekali-kali Rasulullah Saw menyentuh tangan seorang wanita yang tidak halal baginya.?
[Hadith Riwayat Bukhari Muslim].

Telah berkata ?Aisyah: ?Tidak! Demi Allah, tidak pernah sekali-kali tangan Rasulullah Saw menyentuh tangan wanita (asing), hanya ia ambil bai?at mereka dengan perkataan.? [Hadith Riwayat Bukhari Muslim].

Menurut mereka Hadits-hadits di atas dan serupa dengannya merupakan dalil yang nyata bahwa Rasulullah Saw tidak berjabat tangan dengan wanita bukan mahram (asing). Kerana itu maka hukum berjabat tangan antara lawan jenis yang bukan mahram adalah haram.


3. hadits-hadits yang menunjukkan larangan ?menyentuh wanita? serta hadits-hadits lain yang maknanya serupa. Misalnya hadits shahih yang berbunyi:

?Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.? [HR. Thabrani].

Atau hadits yang berbunyi:

?Lebih baik memegang bara api yang panas dari pada menyentuh wanita yang bukan mahram.?

Ketiga, juga di dasarkan pada sabda Rasulullah Saw yakni:

?Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita.? [HR. Malik, Tirmidzi dan Nasa?i].

4. Berkata Syaikh Al Albani:
"Dalam hadits ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang
yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya, termasuk masalah berjabat
tangan, karena jabat tangan itu termasuk menyentuh."
(Ash Shohihah 1/448)

Dsini juga saya letakkan beberpa dalil yg mengharamkannya dari Sumber Rujukan
: Dosa-Dosa Yang Dianggap Biasa, Syaikh Muhammad Shalih Al Munajid :
Beliau Shallallahu'alaihi wa Sallam juga bersabda, yang artinya: "Sesungguhnya aku tidak menjabat tangan wanita" (HR: Ath Thabrani dalam Al Kabir: 24/342, shahihul jami’: 70554)

Dan dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, dia berkata, yang artinya: "Demi Alloh, tiadalah pernah tangan Rasululloh Shollallahu ‘alaihi wa Sallam menyentuh tangan wanita walau sekali. Dan tiadalah beliau memba'iat kaum wanita, kecuali hanya dengan ucapan" (HR: Muslim 3/1489).



Di sini saya letakkan beberpa dalil yang membolehkannya

Sedangkan pendapat yang membolehkan dasarnya adalah riwayat yang menunjukkan bahwa tangan Rasulullah Saw bersentuhan (memegang) tangan wanita.

1. diriwayatkan dari Ummu ?Athiyah r.a. yang berkata:

?Kami membai?at Rasulullah Saw, lalu Beliau membacakan kepadaku ?Janganlah kalian menyekutukan Allah dengan sesuatu?, dan melarang kami melakukan ?nihayah? (histeris menangis mayat), kerana itulah seorang wanita dari kami menggenggam (melepaskan) tangannya (dari berjabat tangan) lalu wanita itu berkata: ?Seseorang (perempuan) telah membuatku bahagia dan aku ingin (terlebih dahulu) membalas jasanya? dan ternyata Rasulullah Saw tidak berkata apa-apa. Lalu wanita itu pergi kemudian kembali lagi.? [HR. Bukhari].

Hadits ini menunjukkan bahwasanya kaum wanita telah berbai?at dengan berjabat tangan. Kata ?qa ba dha? dalam hadits ini memiliki arti menggenggam/melepaskan tangan. Seperti disebutkan di dalam kamus yang berarti menggenggam sesuatu, atau melepaskan (tanganya dari memegang sesuatu). (Lihat A.W. Munawwir, Kamus Al-Munawwir, hal. 1167).

Hadits ini jelas-jelas secara manthuq (tersurat) artinya ?menarik kembali tangannya? menunjukkan bahwa para wanita telah berbai?at dengan berjabat tangan, sebab tangan salah seorang wanita itu digenggamnya / dilepaskannya setelah ia mengulurkannya hendak berbai?at. Selain itu dari segi mafhum (tersirat) juga dipahami bahwa para wanita yang lain pada saat itu tidak menarik (menggenggam) tangannya, artinya tetap melakukan bai?at dengan tangan terhadap Rasulullah Saw.

Jadi hadits ini menunjukkan secara jelas ?baik dari segi manthuq (tersurat) maupun mafhum (tersirat)? bahwa Rasulullah Saw telah berjabat tangan dengan wanita pada saat bai?at (Lihat Taqiyuddin An-Nabhani, Nidzham Ijtima?i Fil Islam, hal. 57 ? 58, 71 ? 72).

Penjelasan ini juga sekaligus membantah yang mengatakan: ?Yang dimaksud dengan genggaman tangan dalam hadits tersebut adalah ?penerimaan yang terlambat?.? Seperti yang dikemukakan golongan yang mengharamkan jabat tangan. (Lihat Muhammad Ismail, Berjabat Tangan Dengan Perempuan, hal. 34). Sebab kata ?genggam tangan? dalam hadits tersebut tidak memiliki erti selain ?berjabat tangan?. Dan tidak boleh difahami / diterima dari segi bahasa kalau diertikan ?penerimaan yang terlambat?.

Kata ?qa ba dha? juga sering ditemui dalam hadits-hadits lain yang ertinya menggenggam dengan tangan, misalnya, diriwayatkan oleh Abu Bakar r.a. dari Ibnu Juraij yang menceritakan, Bahwa ?Aisyah r.a. berkata: ?Suatu ketika datanglah anak perempuan saudaraku seibu dari Ayah Abdullah bin Thufail dengan berhias. Ia mengunjungiku, tapi tiba-tiba Rasulullah Saw masuk seraya membuang mukanya. Maka aku katakan kepada beliau ?Wahai Rasul, ia adalah anak perempuan saudaraku dan masih perawan(anak dara)?.? Beliau kemudian bersabda:

?Apabila seorang wanita telah sampai usia baligh maka tidak boleh ia menampakkan anggota badanya kecuali wajahnya dan selain ini ?digenggamnya pergelangan tangannya sendiri? dan dibiarkannya genggaman antara telapak tangan yang satu dengan genggaman terhadap telapak tangan yang lainnya.? [HR. Ath-Thabari dari ?Aisyah r.a.].

Hadits yang diriwayatkan oleh Ummu ?Athiyah r.a. ini yang dijadikan dalil oleh sebahagian ulama yang membolehkan berjabat tangan dengan bukan mahram. Namun demikian kebolehan tersebut dengan syarat tidak disertai syahwat. Kalau ada syahwat maka hukumnya haram.

Kedua, diriwayatkan dari ?Aisyah r.a. yang berkata:

?Seorang wanita mengisyaratkan sebuah buku dari belakang tabir dengan tangannya kepada Nabi Saw. Beliau lalu memegang tangan itu seraya berkata, ?Aku tidak tahu ini tangan seorang laki-laki atau tangan seorang wanita.? Dari belakang tabir wanita itu menjawab. ?Ini tangan seorang wanita?. Nabi bersabda, ?Kalau engkau seorang wanita, mestinya kau robah warna kukumu (dengan inai).? [HR. Abu Daud].

bagaimana dengan kita sahabat- sahabat semua... apakah masih meremehkan menjabat tangan wanita bukan mahrom?

pandangan dari saya
. haram berjabat tangan dengan mahram berdasarkan dalil2 yg kukuh diatas , telah jelas bahwa rasulullooh tidak pernah menjabat wanita yang tidak halal bagi beliau...
semoga sedikit maklumat ini boleh kita amalkannya , semoga mendapat keradhaan dari allah , amin ya rabbi
Baca selanjutnya -

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007