أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Pada bulan lepas , ana seorang sahabat dari USIM menanyakan soalan berkaitan أعوذ بالله من الشيطان الرجيم , apakah hukum sebenarnya didalam solat sama ada solat itu berjemaah dan seorang diri .  
Disunatkan imam membaca التعوذ( أعوذ بالله من الشيطان الرجيم )   secara perlahan sebelum membaca surah Al-Fatihah. Mengenai perkara ini Imam Nawawi didalam Kitab Al-Azkar ( halaman 94 ) berkata :
Ketahuilah membawa membaca التعوذ selepas doa iftitah hukumnya sunat secara اتفاق 
( disepakati ) . Ia merupakan pendahuluan atau pembukaan bagi sesuatu pembacann 
Al-Quran . Ini berdasarkan  firman Allah didalam Surah Al-Nahlu ayat 98 berikut :
Maksudnya : apabila engkau  membaca Al-Quran  hendaklah engkat ( terlebih dahulu )
Meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang kena rejam.
Disisi Jumhur Ulama  ayat ini membawa maksud : sekiranya engkau hendak memulakan bacaan  maka hendaklah engkau melalukan استعاذة \ تعوذ   meminta perlindungan  kepada allah daripada syaitan yang kena rejam ( bukan susudahnya ) 
Seterusnya Al-Imam Nawawi mengatakan lagi : ketahuilah  bahawa lafaz yang terpilih untuk استعاذة ialah  : 
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم   \  أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
Lafaz kedua ini diharuskan . Namun demikian lafaz yang masyhur ialah terpilih dalah lafaz pertama . Dalil yang menunjukkan penggunaan  kedua-dua lafaz itu oleh bagin Rasullah s.a.w ialah hadis berikut :
 1 .Daripada سليمان بن صرد  berkata: dua orang lelaki telah saling buruk-memburukkan diantara satu sama lain dihadapan  Rasulullah s.a.w .Pada ketika itu kami turut berada disitu . Salah seorang dari keduanya telah mencerca yang seorang lagi dengan perasaan marah dan warna mukanya juga menjadi merah padam. Maka nabi pun bersabda : susungguhnya aku sangat mengetahui satu kalimah atau perkataan sekiranya lelaki yang marah mengucapkan  nescaya akan lenyaplah  kemarahan itu darinya.Kalaulah dia mengucapkan أعوذ بالله من الشيطان الرجيم . Maka sahabat yang berada disitu pun berkata lelaki itu : apakah awak tidak mendengar apakah yang telah diucapkan oleh nabi s.a.w ? lelaki itu berkata : aku bukannya gila.
2. Daripada أبو سعيد الخدرى    beliau berkata: Rasullah s.a.w apabila baginda mendirika
solat pada waktu malam baginda bertakbir dan kemudian membaca :
سبحانك اللهم و بحمدك وتبار اسمك وتعالى جدك ولا إله غيرك
Dan kemudian membaca :
الله أكبر كبيرا
 Dan kemudian membaca :
أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه ونفثه
 
Ketahuilah bahawa membaca  استعاذة \ تعوذ  itu  مستحب   ( harus ) hukumnya bukan wajib. Sekiranya seseorang meniggalkan  maka ia tidak berdosa dan solatnya juga tidak batal , sama ada ia meninggalkan  dengan sengaja atau secara terlupa. استعاذة \ تعوذ disunatkan sebelum  membaca didalam semua solat-solat fardhu atau sunat . Ia juga disunatkan  didalam solat jenazah  menurut pendapat yang  أصح . Bagi bacaan Al-Quran di luar solat pula pembaca disunatkan membaca استعاذة \ تعوذ  itu menurut  
 Ijma’  Ulama.
Ketahuilah bahawa استعاذة \ تعوذ itu  مستحب  hukumnya dibaca pada rakaat pertama menurut persepakatan Ulama. Namun demikian sekiranya ia tidak membaca di rakaat pertama maka bolehlah dia membacanya di rakaat kedua.Sekiranya ia tidak juga membacanya rakaat kedua , mak bolehlah dibaca pada mana-mana rakaat berikutnya.
Disini saya sertakan beberapa persoalan yang berkaitan استعاذة \ تعوذ yang saya ambil dari kitab ( Hukum Ahkam Solat Berjamaah serta Panduan Imam dan Ma’mum /  القول التام فى الأحكام الإمام و المأموم .
1. Persoalan  :  sekiranya seseorang telah membaca استعاذة \ تعوذ didalam rakaat pertama, makan apakah ia masih disunatkan membacanya didalam rakaat kedua ? ada dua wajah oleh الأصحاب   , wajah yang أصح ialah , ianya tetap dihukumkan مستحب untuk membaca semula , namun demikian untuk rakaat pertama pertama  ia lebih dikuatkan. 
Sekiranya seseorang membaca استعاذة \ تعوذ didalam solat سرية   maka hendaklah ia membaca secara perlahan juga. Tetapi ia membaca استعاذة  didalam solat جهرية    maka apakah ia disunatkan juga membaca استعاذة secara ( bersuara ) ? 
- perbezaan dikalangan الأصحاب  , ada dikalangan  mereka membaca استعاذة ada dikalangan  mereka mengatakan  membaca secara perlahan  ( سرية   ) , inilah pendapat yang أصح dan terpilih disisi Jumhur Ulama.
2. Persoalan  : ada sesetengah pihak mendakawa mengatakan  membaca تعوذ didalam solat tidak disunatkan. Ada pula mengatakan ianya hanya disunatkan pada rakaat pertama sahaja.
 
Menjawab persoalan ini penulis kitab (Hukum Ahkam Solat Berjamaah serta Panduan Imam dan Ma’mum) ini mengatakan   : ini adalah persilisihan pendapat yang berlaku diantara mazhab yang empat , untuk mendalami penulis kitab merujuk kepada كتاب الفقه وأدلته  ( juzuk 1 , halaman 269 ) dimana penyusunya mengatakan :
Ulama-ulamak bermazhab Maliki berpendapat : makruh hukumnya membaca  أعوذ بالله dan بسم الله   sebelum membaca Al-fatihah dan surah, ini berdasarkan  hadis berikut :
Bermaksud darina Anas daripada Nabi s.a.w . Abu Bakar dan Umar رضى الله عنهما   mereka semua memulakan  solat dengan membaca الحمد الله رب العالمين "   "  .
Ulamak-ulamat bermazhab Hanafi berpendapat : dibaca أعوذ بالله  ..” hanya pada rakaat pertama.





1 comments:
salam...
terima kasih dgn info yg diberi...
ad 1 soalan berkait dgn penerangan enta d sini...
bagaimana cara memulakan bacaan surah di dlm slt di mana ayat tu dbaca di tgh2 surah...misalnya jika kita sudah hbs membaca al-fatihah, dn ingin menyambung dgn membaca sbhagian ayat di tgh2 surah yasin, adakah perlu dimulakan dgn التعوذ( أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) atau trus shj dibaca ayat tu tnp التعوذ atau basmalah... hrp ustaz dpt membantu...wsalam...
Post a Comment