Sunday, June 28, 2009

Hukum mengambil suntikan di bulan Ramadhan dan menaruh ubat ke dalam telinga


pada beberapa hari yang lepas , ada seorang dari sahabat kita dari johor , menanyakan hukum suntikan pada siang hari bulan Ramadhan adakah ia membatalkan puasa, atau masukkan ubat didalam telinga, boleh mambatalkan puasa juga ke !!

HUKUM MENGAMBIL SUNTIKAN DI BULAN RAMADHAN DAN MENARUH UBAT KE DALAM TELINGA.


Bagi menjawab persoalan ini kita perlu melihat kedudukan jarum itu sendiri. Ada di antaranya yang digunakan sebagai ubat dan juga rawatan samada dengan cara disuntik di bahagian urat saliran darah atau pada lengan atau pada bahagian bawah kulit.Perkara ini tidak terdapat sebarang perselisihan di kalangan ulamak, kerana kandungan suntikan itu tidak sampai ke dalam perut dan tidak menjadi makanan.Tidak batal puasa seseorang kerana mengambil suntikan sebegini.

Terdapat sejenis jarum yang menyampaikan makanan ke dalam makanan seperti suntikan glukosa, ia membawa makanan ke dalam darah secara langsung.Perkara ini diperlisihkan oleh ulamak islam masa kini.Para salafussoleh tidak pernah mengenali jenis ubat dan kaedah rawatan melalui cari ini.Ia merupakan satu sistem perubatan yang baru. Di kalangan ulamak masa kini ada yang mengaanggapnya sebagai membatalkan puasa, kerana ia boleh memasukkan makanan itu sampai ke dalam saliran darah.Sesetengah pula berpendapat tidak membatalkan puasa, walaupun makanan itu sampai ke dalam saliran darah,kerana yang membatalkan menurut mereka ialah apabila ianya sampai ke dalam perut yang meyebabkan seseorang itu merasa berpuasa ialah pengharaman memuaskan shahwat perut dan syahwat faraj atau dengan lain perkataan untuk menjadikan seseorang merasa lapar dan dahaga.Dari sini golongan ini berpendapat suntikan yang mengandungi makanan tidak mambatalkan puasa.

Bagaimanapun adalah lebih wajar kepada seseorang menahan diri dari mengambil sebarang suntikan di siang hari bulan Ramadhan, sebaliknya selepas waktu berbuka.Andaikata ia sakit , syarak mengizinkannya berbuka puasa.Suntikan walaupun tidak memasukkan makanan secara pratikalnya ke dalam perut dan sekalipun seseorang itu tidak merasa hilang lapar dan dahaga,sebagaimana yang dirasai melalui proses makan dan minum yang biasa,ia sekurang-kurangnya menimbulkan rasa segar dan hilang rasa penat yang biasanya dialami oleh orang-orang yang berpuasa,sedangkan maksud syarak mesyari’atkan puasa ialah supaya seseorang merasai lapar dan dahaga di mana dengan ini,ia dapat merasai kadar nikmat Allah ke atasnya,disamping merasai sama penderitaan yang dialami oleh orang-orang yang hidup dalam kebuluran dan kesukaran orang-orang yang hidup dalam kesusahan.

Adalah dibimbangi jika dibenarkan penggunaan jarum suntikan ini,orang-orang yang kaya dan berada akan mengambil kesempatan menggunakan jarum ini di siang hari bulan Ramadhan bagi mengembali kecergasan dan kekuatan kepada mereka,agar mereka tidak terasa lapar dan menderita kerana berpuasa.Kerana itu adalah lebih awla kepada seseorang yang sedang berpuasa menangguhkannya terlebih dahulu sehingga selepas berbuka puasa.

Berhubung menaruh ubat ke dalam telinga di siang hari di bulan Ramadhan hukumnya adalah sebagaimana yang dibincangkan dalam bab suntikan sebelum ini.Sesetengah sampai ke dalam perut,tetapi tidak melalui jalan yang biasa.Ia juga tidak mengandungi makanan.Seseorang tiadak merasa cergas selepas mengambil ubat telinga itu dan sebagainya.

Para ulamak semenjak zaman dahulu sehinggalah sekarang berselisih tentangnya antara yang terlampau keras kerana pendapatnya dengan yang terlampau longgar.Di kalangan meraka ada yang menghukumkan perkara ini semua membatalkan puasa , sesetengah yang lain pula berpendapat perkara-perkara ini semua bukanlah lubang-lubang semulajadi yang boleh sampai kepada perut,kerana itu ia tidak membatalkan puasa.

Sebenarnya menaruh ubat kedalam telinga atau menaruh minyak gosok ke dalam dubur bagi orang yang berpenyakit buasir san sebagainya,hukumnya juga seperti suntikan.Semuanya tidak membatalkan puasa

0 comments:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007