Thursday, July 2, 2009

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم



Pada bulan lepas , ana seorang sahabat dari USIM menanyakan soalan berkaitan أعوذ بالله من الشيطان الرجيم , apakah hukum sebenarnya didalam solat sama ada solat itu berjemaah dan seorang diri .

Disunatkan imam membaca التعوذ( أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ) secara perlahan sebelum membaca surah Al-Fatihah. Mengenai perkara ini Imam Nawawi didalam Kitab Al-Azkar ( halaman 94 ) berkata :

Ketahuilah membawa membaca التعوذ selepas doa iftitah hukumnya sunat secara اتفاق
( disepakati ) . Ia merupakan pendahuluan atau pembukaan bagi sesuatu pembacann
Al-Quran . Ini berdasarkan firman Allah didalam Surah Al-Nahlu ayat 98 berikut :

Maksudnya : apabila engkau membaca Al-Quran hendaklah engkat ( terlebih dahulu )
Meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang kena rejam.

Disisi Jumhur Ulama ayat ini membawa maksud : sekiranya engkau hendak memulakan bacaan maka hendaklah engkau melalukan استعاذة \ تعوذ meminta perlindungan kepada allah daripada syaitan yang kena rejam ( bukan susudahnya )

Seterusnya Al-Imam Nawawi mengatakan lagi : ketahuilah bahawa lafaz yang terpilih untuk استعاذة ialah :

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم \ أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

Lafaz kedua ini diharuskan . Namun demikian lafaz yang masyhur ialah terpilih dalah lafaz pertama . Dalil yang menunjukkan penggunaan kedua-dua lafaz itu oleh bagin Rasullah s.a.w ialah hadis berikut :

1 .Daripada سليمان بن صرد berkata: dua orang lelaki telah saling buruk-memburukkan diantara satu sama lain dihadapan Rasulullah s.a.w .Pada ketika itu kami turut berada disitu . Salah seorang dari keduanya telah mencerca yang seorang lagi dengan perasaan marah dan warna mukanya juga menjadi merah padam. Maka nabi pun bersabda : susungguhnya aku sangat mengetahui satu kalimah atau perkataan sekiranya lelaki yang marah mengucapkan nescaya akan lenyaplah kemarahan itu darinya.Kalaulah dia mengucapkan أعوذ بالله من الشيطان الرجيم . Maka sahabat yang berada disitu pun berkata lelaki itu : apakah awak tidak mendengar apakah yang telah diucapkan oleh nabi s.a.w ? lelaki itu berkata : aku bukannya gila.

2. Daripada أبو سعيد الخدرى beliau berkata: Rasullah s.a.w apabila baginda mendirika
solat pada waktu malam baginda bertakbir dan kemudian membaca :

سبحانك اللهم و بحمدك وتبار اسمك وتعالى جدك ولا إله غيرك



Dan kemudian membaca :

الله أكبر كبيرا


Dan kemudian membaca :

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه ونفثه

Ketahuilah bahawa membaca استعاذة \ تعوذ itu مستحب ( harus ) hukumnya bukan wajib. Sekiranya seseorang meniggalkan maka ia tidak berdosa dan solatnya juga tidak batal , sama ada ia meninggalkan dengan sengaja atau secara terlupa. استعاذة \ تعوذ disunatkan sebelum membaca didalam semua solat-solat fardhu atau sunat . Ia juga disunatkan didalam solat jenazah menurut pendapat yang أصح . Bagi bacaan Al-Quran di luar solat pula pembaca disunatkan membaca استعاذة \ تعوذ itu menurut
Ijma’ Ulama.


Ketahuilah bahawa استعاذة \ تعوذ itu مستحب hukumnya dibaca pada rakaat pertama menurut persepakatan Ulama. Namun demikian sekiranya ia tidak membaca di rakaat pertama maka bolehlah dia membacanya di rakaat kedua.Sekiranya ia tidak juga membacanya rakaat kedua , mak bolehlah dibaca pada mana-mana rakaat berikutnya.

Disini saya sertakan beberapa persoalan yang berkaitan استعاذة \ تعوذ yang saya ambil dari kitab ( Hukum Ahkam Solat Berjamaah serta Panduan Imam dan Ma’mum / القول التام فى الأحكام الإمام و المأموم .


1. Persoalan : sekiranya seseorang telah membaca استعاذة \ تعوذ didalam rakaat pertama, makan apakah ia masih disunatkan membacanya didalam rakaat kedua ? ada dua wajah oleh الأصحاب , wajah yang أصح ialah , ianya tetap dihukumkan مستحب untuk membaca semula , namun demikian untuk rakaat pertama pertama ia lebih dikuatkan.

Sekiranya seseorang membaca استعاذة \ تعوذ didalam solat سرية maka hendaklah ia membaca secara perlahan juga. Tetapi ia membaca استعاذة didalam solat جهرية maka apakah ia disunatkan juga membaca استعاذة secara ( bersuara ) ?

- perbezaan dikalangan الأصحاب , ada dikalangan mereka membaca استعاذة ada dikalangan mereka mengatakan membaca secara perlahan ( سرية ) , inilah pendapat yang أصح dan terpilih disisi Jumhur Ulama.

2. Persoalan : ada sesetengah pihak mendakawa mengatakan membaca تعوذ didalam solat tidak disunatkan. Ada pula mengatakan ianya hanya disunatkan pada rakaat pertama sahaja.


Menjawab persoalan ini penulis kitab (Hukum Ahkam Solat Berjamaah serta Panduan Imam dan Ma’mum) ini mengatakan : ini adalah persilisihan pendapat yang berlaku diantara mazhab yang empat , untuk mendalami penulis kitab merujuk kepada كتاب الفقه وأدلته ( juzuk 1 , halaman 269 ) dimana penyusunya mengatakan :

Ulama-ulamak bermazhab Maliki berpendapat : makruh hukumnya membaca أعوذ بالله dan بسم الله sebelum membaca Al-fatihah dan surah, ini berdasarkan hadis berikut :

Bermaksud darina Anas daripada Nabi s.a.w . Abu Bakar dan Umar رضى الله عنهما mereka semua memulakan solat dengan membaca الحمد الله رب العالمين " " .

Ulamak-ulamat bermazhab Hanafi berpendapat : dibaca أعوذ بالله ..” hanya pada rakaat pertama.
Baca selanjutnya -

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007