Friday, November 21, 2008

Tanya Jawab Solat Rawatib


Tanya Jawab Solat Rawatib

Tanya Jawab Solat Rawatib

Tanya:

Ada solat sunat rawatib yang sangat dituntut untuk dikerjakan mengiringi solat fardhu, minta diterangkan ia dengan lebih lanjut.

Jawab:

Solat sunat rawatib yang sangat-sangat dituntut mengerjakannya ialah solat sunat subuh. Kemudian daripada itu ada 4 tempat lagi ianya menjadi muakkad atau dituntut. Iaitu solat sunat sebelum zohor, solat sunat selepas zohor, solat sunat selepas maghrib dan solat sunat selepas Isyak.

Tanya:

Jika mahu seorang itu mengerjakan 4 rakaat sebelum zohor, bagaimana, apakah dibolehkan?

Jawab:

Boleh sahaja dikerjakan 4 rakaat itu samada sebelum zohor atau selepasnya. 2 yang muakkad dan lagi 2 itu ghairu muakkad (bukan dituntut). Yang sunnahnya, jika dilakukan 4 rakaat, mesti dilakukan 2 rakaat, 2 rakaat. Bukan dilakukan sekaligus dengan satu salam.

Tanya:

Sesetengah orang mengatakan tidak ada solat sunat sebelum Maghrib dan sebelum Isyak, maka mereka terus-terus sahaja iqamah selepas azan?

Jawab:

Tidak begitu. Memang dibolehkan mengerjakan solat tersebut tapi ianya tidak muakkad. Ini bersandarkan kepada hadis, Rasulullah s.a.w menyebut: “Di antara azan dan iqamah, ada sembahyang bagi sesiapa yang ingin melakukannya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Tanya:

Jika seorang tidak sempat kerjakan solat sunat subuh atas kesuntukan masa lebih-lebih lagi jemaah sudah didirikan, apakah boleh melakukan selepasnya?

Jawab:

Jika bukan kerana disengajakan, maka boleh sahaja terus solat sunat subuh itu dilakukan selepas solat fardhunya. Ia masih lagi dikira sebagai solat tunai, bukan qadha selama dalam waktunya. Tiada masalah dengan solat selepas fardhu subuh itu kerana yang dimakruhkan mendirikan solat selepas solat fardhu subuh adalah solat sunat yang tidak terikat dengan keperluan sebelumnya seperti solat sunat istikharah, solat sunat hajat dan solat sunat mutlak.

sikrinya ada maklumat dari sahabat , boleh hantar comment dibawah ini
Baca selanjutnya -

Hukum Memberi Dan Menjawab Salam

Hukum Memberi Dan Menjawab Salam

Ada seorang rakan kita di Malaysia , yang menanyakan soalan tentang Hukum Memberi Dan Menjawab Salam , terima kasih rakan kita yang menanyakan. saya ada meletakkan beberapa sumber yang membahasakan terhadap pertanyaan ini .


Memulakan pertemuan dengan memberi salam adalah sunat. Sekiranya beramai-ramai memberi salam menjadi sunat kifayah. Sunat kifayah bermaksud; sunat ke atas kumpulan ramai tersebut memberi salam. Apabila seorang melakukannya, pahalanya akan diperolehi oleh semua. Menjawab salam pula, sekiranya berseorangan hukumnya menjadi fardhu ain. Sekiranya beramai-ramai, menjawab salam menjadi fardhu kifayah. Sekiranya seorang menjawab salam, gugurlah tuntutan atas semua orang lain. Sekiranya semua yang hadir menjawab salam, itu lebih baik. Sekiranya semuanya meninggalkan menjawab salam, semua akan berdosa. Dalilnya ialah hadis nabi : ( يجزء عن الجماعة إذا مروا أن يسلم أحدهم ، ويجزء عن الجلوس أن يرد أحدهم ),

maksudnya: “cukuplah bagi sekumpulan manusia apabila mereka melintasi orang lain dengan salah seorang mereka memberi salam. Dan cukuplah bagi kumpulan yang duduk dengan salah seorang mereka menjawab salam.” (hadis riwayat Abi Dawud)
Begitu juga wajib menjawab salam yang dikirimkan samada dikirimkan menerusi seseorang secara lisan atau dikirim menerusi tulisan apabila kiriman tersebut sampai. Dalilnya ialah hadis Aisyah, katanya: Rasulullah saw bersabda kepada saya:

( هذا جبريل يقرأ عليك السلام )
bermaksud: “ini dia JIbril menyampaikan salam kepadamu. Kata Aisyah; saya menjawab : ( وعليه السلام ورحمة الله ) –wa`alaihissalam-bermaksud: dan ke atasnya salam juga. (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Disunatkan juga membalas kepada pengantara yang membawa kiriman salam dengan menjawab : ( وعليك وعليه السلام ) –wa`alaika wa `alaihissalam- bermaksud; ke atas mu dan ke atasnya salam. Dalilnya ialah hadis daripada Ghalib al-Quttan daripada seorang lelaki katanya memberitakan kepadaku oleh bapaku daripada datukku katanya; bapaku mengutuskan daku bertemu dengan Rasulullah dengan arahan; datangilah baginda dan sampaikan kepada baginda salam. Lalu aku bertemu baginda dan berkata: bapa saya menyampaikan salam kepada tuan. Lalu baginda menjawab: ( عليك السلام وعلى أبيك السلام ) ke atas kamu dan ke atas bapamu salam. ( hadis riwayat Abi Dawud). Menurut Imam Nawawi, hadis ini mengandungi seorang perawi yang tidak dikenali. Namun hadis-hadis tentang amalan-amalan yang lebih (sunat) diberi kelonggaran oleh ahli-ahli ilmu.

darulfuqaha
Baca selanjutnya -

Sunday, November 2, 2008

Tanggungjawab Di Sini !!


salam perantauan kepada keluarga yang tersayang , dah hampir 2 tahun lebih di lembah yang pernuh berakah ini ( mesir ) , doakan abang ngan angah kat sini , supaya dipermudahkan segala urusan disini , teringat kat rumah pula !! dah 3 kali raya kat sini , semua dah besar panjang tengok kat dalam gambar kat sini .

Insyallah , kalau ada rezeki abang balik tahun depan , cuma disini banyak lagi tanggungjawab yang tak diselesaikan , uda belajar rajin -rajin , pesan kat adik2 semua , jangan nakal2 ,

kirim salam dengan ayah dan ibu ..
salam perantaun
Baca selanjutnya -

Bolehkah Mandi Junub Merangkap Jumaat !!


Bolehkah Mandi Junub Merangkap Jumaat , Bolehkah Mandi Junub Merangkap Jumat ?

Pertanyaan:

Al-Lajnah Ad-Da’imah Lil Ifta’ ditanya: Apakah dibolehkan melaksanakan mandi junub sekaligus merangkap mandi untuk shalat Jum’at, mandi setelah habis masa haidh dan masa nifas?

Jawaban:

Barang siapa yang diwajibkan baginya untuk melaksanakan satu mandi wajib atau lebih, maka cukup baginya melaksanakan satu kali mandi wajib yang merangkap mandi-mandi wajib lainnya, dengan syarat dalam mandi itu ia meniatkan untuk menghapuskan kewajiban-kewajiban mandi lainnya, dan juga berniat untuk dibolehkannya shalat dan lainnya seperti Thawaf dan ibadah-ibadah lainnya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Artinya: “Setiap perbuatan itu tergantung pada niat, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan bagian sesuai dengan yang diniatkannya.” (Muttafaqun ‘Alaih)

Karena yang hendak dicapai dari mandi hari Jum’at bisa sekaligus tercapai dengan mandi junub jika bertetapan harinya. (Fatawa Al-Lajnah Ad-Da’imah, 5/328)

Tambahan sedikit :

Kewajiban mandi junub itu dilakukan ketika terjadi salah datu dari beberapa hal berikut:

1. Setelah selesai massa haid
2. Setelah berjimak, baik keluar mani/sperma atau pun tidak
3. Apabila keluar mani/sperma, baik secara sengaja ataupun tidak.
Apabila seseorang itu terangsang akibat menonton suatu film, maka dilihat terlebih dahulu, apakah dia mengeluarkan sperma/mani atau tidak. kalau dengan menonton film tersebut sampai mengeluarkan sperma maka dia wajib mandi. tapi kalau hanya keluar madzi maka cukup dicuci saja tanpa wajib mandi.
Sebaiknya kita nasihatkan kepada orang yang menonton film tersebut agar hendaklah setiap waktunya dimanfaatkan hal-hal yang bermanfaat bagi dia. Janganlah menghabiskan waktu untuk hal-hal yang tidak bermanfaat apalagi yang berpotensi sebagai maksiat..

Wallahu a’lam
Baca selanjutnya -

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007