Saturday, October 25, 2008

ingat kembali kat sekolah lama


Jasa Seorang Guru

Muda mudi bakal pengganti generasi yang ada
Pada mereka kita serahkan
Agama, bangsa dan negara
Merekalah bakal pemimpin dan juga penjaga
Untuk meneruskan perjuangan yang ada

Guru ..
Kau tiupkan rumusan ilmu kepada mereka
Kau bimbing mereka kepuncak kejayaan
kau tunjukkan diri mu sebagai tauladan
Bagi mereka kata kata guru adalah pedoman

Guru ..
Setiap Kesilapan dan keterlanjuran
Yang mereka lakukan
Dengan bijaksana telah kau betulkan
Kau bawa mereka pulang kepangkal jalan

Guru ..
Kau lentur mereka dari rebung nya
kau tajamkan mental dan iman didadanya
kau bangkitkan jiwanya yang sedang lena
kau asuh mereka hormatkan pemimpin dan ibu bapa

Guru ..
Sebagai seorang ibu kepada mereka
Aku merasa terhutang budi kepada mu jua
Jasa mu tak dapat dibalas dengan harta benda
Kerana Allah saja yang dapat membalaskan nya

0 comments:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007